Memang perit apabila diri kita tidak dihargai. Apa yang dibuat semuanya
di’take for granted’. malah apabila kita bercakap sesuatu dikata kita
mengungkit segala kebaikan kita dan akan dibayar semuanya kembali.
pernahkah kita terfikir bahawa sebenarnya itu semua juga termasuk
dalam ujian dan cabaran hidup kita. Memang hidup tak selalunya indah. Ada masa dan ketika kita rasa seolah-olah hidup ini sulit dan untuk
sabar dan redha juga amat susah.
yakinlah, apabila ada sahaja kata-kata buruk bermain di minda, ia
datang dari syaitan. Cepat-cepatlah beristghfar. sebutlah doa; ‘Ya
Allah. denganMu aku berlindung dari bisikan syaitan, dan aku bermohon,
ya Rabbi, agar Kau jauhkan aku dari kedatangan mereka kepadaku”.
Ingtalah bahawa apa yang ada di dunia ini hanya sementara. Andai
benar diri ini tidak dihargai, selidiklah diri, muhasabah lah hati. Mana tahu, memang benar kita tidak ikhlas dalam berbakti, tidak redha
dalam menerima, lalu banyakkan istighfar, agar ketidakpenghargaan insan
di sekeliling kita sebenarnya makin menjadikan diri kita lebih
berkualiti. lebih bernilai tambah. lebih istimewa.
bersihkan hati sentiasa. niat agar apa yang dilakukan adalah
keranaNya, lalu walau apa penerimaan orang, hati tidak akan terguris,
sementelah yang dipohon keredhaannya adalah Dia Yang Maha Kuasa.
banyakkan doa agar dibersihkan hati kita, dikurniakan kebajikan dalam
diri dan hidup kita. yang penting kita menjaga diri kita agar tidak
terjerumus dalam perangkap syaitan yang memang sentiasa mahu kita
menjadi kufur nikmat dan derhaka seperti dirinya.
tabahkan hati, ingatlah, manusia tidak akan pernah puas hati. Kita
juga begitu. Ada sahaja ketidakpuasan hati dalam diri kita, dah banyak
yang kita buat, tapi orang tak pandang. Dah banyak jasa yang kita tabur,
tapi tak diendahkan orang. Dah banyak pengorbanan yang kita lakukan
tapi orang masih tidak berpuas hati. Perasaan-perasaan bahawa orang
tidak menghargai kita juga sebenarnya adalah ketidakpuasan hati kita
yang kita sama ada pendam dalam hati atau kita luahkan baik melalui
kata-kata atau kita tunjukkan melalui protes; bermasam muka, tidak
bercakap dan sebagainya.
Lalu, bertepuk tanganlah si syaitan durjana kerana berjaya memainkan
perasaan kita, tipu daya mereka sangat tinggi, muslihat mereka sangat
kreatif. Dimainkan perasaan kita sehingga kita rasa yang kita teraniaya
kerana tidak prihatinnya insan di sekeliling kita terhadap kita, walhal,
apa sahaja yang kita lakukan , kita tidak perlu pujian atau
penghargaan, kerana yang membalas dan pembalasan yang kita nanti bukan
daripada makhluk yang lemah seperti kita, tapi kita mahu penghargaan
sebenar dari ‘the almighty’.
Andai kita banyak berkorban untuk kawan, wang kita banyak keluar
untuk membantu kawan-kawan, ohh, sebenarnya itulah sedekah yang
amat tinggi, itulah semaian kita untuk tuaian di akhirat nanti.
pastinya benih yang kita semai, kita mahu dari benih yang terbaik,
tanpa ada cacat dan celanya , kita tentunya mahu hasil tuaian dari benih
itu hidup subur dan membuahkan hasil yang paling manis dan lazat untuk
kita rasai . kita pastinya tidak peduli apa pun kritikan orang dalam
usaha kita menyemai benih itu, tapi kritikan itu tetap kita selidiki ,
mana tahu benar dan dapat kita jadikan tips untuk menyuburkan lagi hasil
tuaian kita.
Sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari
pelbagai masalah hidup. Tidak mengapa merasa derita atau kecewa kerana
ia akan memberi pengajaran dalam hidup kita bahawa tidak ada tempat yang
dapat mengubat segala penderitaan ini melainkan kepada Allah segala
penawarnya.
Jadikan hujan itu sebagai satu yang indah, kerana tanpa hujan
pastinya semaian tak subur. Jadikan taufan dan puting beliung hidup juga
satu yang indah kerana dengan adanya dia kita tahu tahap perlindungan
diri kita mantap atau tidak.
sama juga dengan kehidupan, ujian dan cabaran, tribulasi dan mehnah,
semuanya indah. kerana dengan semua itu kita menjadi bertambah matang
dan kita kenal siapa diri kita, bila kita kenal siapa diri kita, kita
mudah kenal Pencipta kita.
HIDUP, BERILMU, CERIA, DAN BERAMAL.
0 comments:
Post a Comment