BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 19 March 2011

Kenangan semasa melawat jenazah arwah di Meruji, Kabo

ehemmm...sebenarnya xtahu nak guna perkataan apa ea..."mayat" or "jenazah"..untuk lebih sedap disebut elok didengar lebih baik panggil jenazah... Malah bukan calang-calang orang yang aku lawat... Isteri menteri pulak tu...siapa sangka aku hanya orang biasa yang tidak mempunyai darah anak menteri pun boleh melawat isteri menteri yang telah pergi tidak kembali lagi....ishhhh....takziah kepada keluarganya...
 selain itu juga, bukan setakat melawat..malah aku turut serta duduk di tepi keranda tersebut untuk melihat jenazah itu....sungguh tenangnya muka jenazah itu...dengan make-up nya yang berseri2...











yang paling tidak dapat dilupakan ialah,kenangan diri ini melihat dan mendengar "ngot2" berbunyi.... secara langsung...haiya....
   

Friday 18 March 2011

KENANGAN TERINDAH CUTI HUJUG TAHUN 2010


Kenangan yang tidak akan dilupakan kerana buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke empangan yang berada di batang ai. Empangannya yang sangat besar dan permandangan yang sungguh cantik. di bawah ini adalah wajah-wajah empangan batang ai tersebut. Di sinilah tempatnya ikan talapia kegemaranku dipeliharakan.sssllllrrrrpppppppppppp...........

 Pn. Faridah Husna bt Abdullah @ umangbajik n Salsabila bt Mohd Sa"ed @ acha

 Empangan Batang AI.





 Pn. Faridah Husna Bt Abdullah n Norazah bt Sarbini


 sekian....




Thursday 17 March 2011

MELAWAT TAPAK KEBAKARAN RUMAH PANJANG, KABO SARATOK

Wajah rumah panjang, kabo saratok setelah dijilat api dengan sekelip mata hanya memakan masa 20 minit. Rumah panjang tersebut mempunyai 18 pintu dan seramai 81 orang yang tinggal di dalam rumah panjang tersebut. Ramai pihak yang telah menghulurkan bantuan bagi meringankan beban penduduk disitu. Sebagai contoh, semasa saya melawat ke tempat kejadian bantuan berupa dapur gas telah diberikan kepada setiap pintu rumah panjang tersebut. Dan dikhabarkan pada keesokkan harinya tong gas pula akan dihantar ke tempat kejadian.









 Kanopi JKR inilah tempat mereka berteduh.





 Terdapat juga segelintir mereka membina pondok sendiri untuk berteduh.












        

Monday 14 March 2011

ANDAIKU TAHU

Assalamualaikum kpd semua pembaca2....


andai kutahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
aku takut
akan semua dosa dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku
andai kutahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucapkan kata tobat padaMu
ampuni aku
dari segala dosa dosaku
ampuni aku
menangisku bertobat padamu
aku manusia
yang takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga 

Mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki seandainya diri ini pernah menyakiti hati sesiapapun...yang kenal mahu pun xkenal...aku hanya insan biasa n xterlepas dari melakukan dosa.
Kepada ibubpa yang disayangi..terima kasih atas jasamu yang tak ternilai harganya dan xboleh dibeli sesiapapun kat dunia tk...sbb jga mekmorg adk-bradik smpe mnjd mnusa yang berguna...tq atas didikan yang baik,sentiasa mendoakan anak-anakmu berjaya hingga ke menara gading n tidak dilupakan berjaya diakhirat..insyaALLAH...AMIN...Hayati la lirik lagu syurgamu kat dbah tk..

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di setiap waktu

Hanyalah kepadaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di Setiap Waktu

Sunday 13 March 2011

My family



Dari kiri Nur Farhana, Mohd Sufian, Mohd Aiman, Mohd Farid, Salsabila.
Duduk atas kerusi.  
THE BIG BOSSSSS MOHD SA'ED N SHAFAWATI

Saturday 12 March 2011

NOTA PENGAJIAN AM

PENTADBIRAN PERSEKUTUAN

PARLIMEN

Parlimen terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Sebagai satu badan perundangan, Parlimen terdiri dari Yang Di Pertuan Agong, Dewan Rakyat (dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih melalui pilihanraya), dan Dewan Negara (dianggotai oleh ahli-ahli Dewan Negeri dan ahli-ahli yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong)

Tempoh Parlimen hanya kekal selama lima tahun dan dipanggil, ditangguh dan dibubarkan oleh Yang Di Pertuan Agong

Parlimen Malaysia terdiri daripada dua buah dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Tugas utama Dewan Rakyat adalah untuk meluluskan undang-undang, menetukan belanjawan negara dan mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan.

DEWAN NEGARA

Tugas utama ialah membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Menurut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenankan, contohnya Rang Undang-Undang Kewangan. Tempoh penangguhan oleh Dewan Negara ialah 30 hari, bagi rang undang-undang yang lain tempohnya ialah setahun. Menurut Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara mempunyai 69 orang anggota yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong daripada kalangan rakyat yang berjaya di dalam ikhtisas dan juga wakil kaum minoriti seperti wakil orang asli. Dalam perlantikan tersebut Yang Di Pertuan Agong akan mengikut nasihat Perdana Menteri. Manakala 29 orang anggota yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri daripada 13 buah negeri, 2 orang daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang wakil daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Seseorang yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara hendaklah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan tempoh perkhidmatan mereka ialah selama 3 tahun.

STRUKTUR ORGANISASI


Sistem dan struktur organisasi Kerajaan Malaysia mengandungi tiga (3) komponen utama iaitu :-


a) Badan Perundangan (Legislative)
b) Badan Pemerintah (Executive)
c) Badan Kehakiman (Judicirial)

Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Utama negara mengetuai tiga badan kerajaan. Pemerintahan kuasa kerajaan kepada tiga badan utama dilakukan supaya pemumpuan kausa tidak berlaku kepada mana-mana pihak. nilah yang dimaksudkan "Doktrin Pemisahan Kuasa" . idea ini dicetuskan oleh Motesquieu,ahli falsafah politik dan undang-undang Perancis dalam abad 18. Doktrin Pemisahan Kuasa ini berujuan supaya kuasa negara tidak dimiliki secara mutlak oleh sesuatu pihak dan mudah pula diselewengkan.

Badan Perundangan (Legislative) hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada sesiapa pun dan tidak boleh mempunyai kuasa yang lain. Badan ini dikenali sebagai Parlimen Malaysia dan mengandungi tiga elemen utama iaitu Yang Di Pertuan Agong.
Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Segala undang-undang yang dibawa ke Parlimen hendaklah dan mestilah diluluskan oleh ketiga-tiga elemen tersebut. Dal hal ini, Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil, memberhentikan ataupun membubarkan Parlimen diatas nasihat Jemaah Menteri. Namun begitu, Yang Di Pertuan Agong tidak perlu menghadiri sidang Parlimen kecuali bertitah semasa pembukaan rasmi penggal Parlimen. Perundangan adalah merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan khas yang bertanggungjwab dari segi perlembagaan. Fungsi utama perundangan adalah untuk menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang. Kuasa perundangan ini telah ditetapkan oleh Perelmbagaan Persekutuan Malaysia. Penggubalan undang-undang alam bentuk perundangan dijalankan oleh Parlimen Malaysia bagi peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri. Badan perundangan Persekutuan dan Negeri adalah tidak tertinggi, mereka hanya menggubal undang-undang dalam sempadan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, yang membuat undang-undang adalah Parlimen Malaysia. Undang-undang sebelum Hari Kemerdekaan terus berkuatkuasa di negara ini sehingga pindaan atau pembatalan terhadanya dibuat oleh badan-badan berkuasa tertentu. Sehingga kini sudah banyak pindaan dan pembatalan telah dibuat.

Dewan Negara adalah Majlis tertinggi atau dikenali dengan nama "Senate". Dewan Negara akan membahaskan suatu rang undang-undang dengan lebih terperinci berbanding dengan Dewan Rakyat dan untuk membincangkan mengenai perkara-perkara kepentingan umum, Dewan Negara mempunyai 69 ahli dimana 40 adalah dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dan 26 lagi dari ahli Dewan Undangan Negeri. 40 orang yang dilantik adalah dari kalangan orang yang membuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam dan atau mencapai kepujian dalam lapangan profesion perdagangan, perusahaan, pertanian, kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil kaum asli. Sementera 26 orang daripada ahli Dewan Undangan Negeri terdiri dari dua orang wakil bagi setiap negeri, dua dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang dari Wilayah Persekutuan Labuan yang dilantik Yang Di Pertuan Agong. Tempoh jawatan ahli Dewan Negara adalah 3 tahun dan jawatan tidak terhenti sekiranya berlaku pembubaran Parlimen. Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat daripada dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenakan. Dewan Negara tidak berkuasa membuat pindaan jika pindaan itu tidak diterima oleh Dewan Rakyat.


Dewan Rakyat merupakan satu Majlis untuk membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan mendapatkan pembelaan melalui Wakil Rakyat mereka. Kesemua ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihanraya yang mewakili kawasan pilihanraya di seluruh Malaysia. Seseorang ahli hanya mewakili sebuah kawasan pilihanraya tetapi ada juga beberapa orang mewakili dua kawasan pilihanraya iaitu kawasan pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat akan tamat apabila Parlimen telah dibubarkan. Ahli Dewan Rakyat boleh berhenti menjadi ahli Dewan dengan menulis surat kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Dia juga dianggap berhenti jika :-

a) hilang kelayakan mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan

b) tidak hadir dala mesyuarat Dewan selama enam bulan berterusan tanpa mendapat izin Dewan (Perkara 52 Perlembagaan Persekutuan) ataU

c) jika tidak menghadiri mesyuarat dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh Dewan mula bersidang selepas pilihanraya


Tiap-tiap ahli Dewan Rakyat akan mengangkat sumpah setia kepada Malaysia dan Perlembagaan sebelum mengambil tempatnya. Yang Di Pertua Dewan boleh dipilih daripada ahli Dewan ataupun orang lain yang difikirkan layak untuk dipilih. Jika orang lain yang dipilih maka dia dianggap sebagai ahli Dewan tambahan. beliau tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri, Menteri, Timbalan menteri atau Setiausaha Parlimen dan tidak boleh mengundi dalam sebarang perbahasan. Seorang Yang i Pertua juga dipilih dan mestilah dipilih daripada ahli Dewan Rakyat. Dewan Rakyat juga mempunyai seorang Setiausaha yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong.


Badan Kehakiman (Judicirial) adalah badan yang menjalankan kuasa kehakiman di negara ini. Mengiktu Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman bagi Persekutuan adalah terletak di Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Borneo dan juga mana-mana Mahkamah bawahan yang telag diperuntukkan undang-undang Persekutuan. Kuasa-kuasa kehakiman dinegara ini terleatk di Mahkamah Agong, Mahkamah Rayuan, Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan mahkamah-Mahkamah Bawahan. Bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Hakim, ianya mestilah tidak terpengaruh atau menyebelahi mana-mana pihak, kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas hendaklah terjamin.Pihak kehakiman memstilah mempunyai kebebasan untuk bertindak sebagai sebuah institusi.

Friday 11 March 2011

TSUNAMI MELANDA JEPUN











Tokyo — Kawasan pantai timur laut Jepun dilanda tsunami enam meter susulan gempa bumi besar pada ukuran 8.8. Seorang dilaporkan maut dalam kejadian terbaru ini. Dua minggu lalu New Zealand berhadapan dengan gempa bumi terburuk dengan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh. Siaran televisyen menunjukkan kereta, kapal dan bangunan di kawasan Fukushima, kira-kira 400 kilometer dari Tokyo, dibawa arus tsunami. Pegawai-pegawai berkata kawasan itu dilanda tsunami setinggi enam meter (20 kaki).Amaran tsunami juga dikeluarkan di Rusia, Filipina, Taiwan, Hawaii, dan Indonesia. Ekoran gempa bumi sekitar yang berlaku sekitar pukul 1.46 tengah hari tadi, agensi berita Kyodo melaporkan lapangan terbang Narita turut ditutup.Lapangan terbang Sendai juga berhadapan dengan tsunami. Sebuah kapal besar “disapu” ketika tsunami mengalir ke arah bandar raya Kesennuma di wilayah Miyagi, demikian menurut NHK. Satu lagi siaran televisyen menunjukkan terjadi kebakaran di kawasan industri Isogo di Yokohama.Kebakaran juga dilaporkan di bandar raya Sendai. Bandar raya juga dilanda tsunami kecil manakala sebuah jejantas turut musnah dalam kejadian terbaru ini.Pegawai-pegawai sedang menilai kemusnahan dibawa oleh tsunami dan gempa bumi.


LOS ANGELES, March 11 —Japan’s biggest earthquake since records began hit the northeast coast today, triggering a 10-metre tsunami that inundated everything in its path.

Here are the 10 strongest earthquakes recorded since 1900, by order of magnitude.

May 22, 1960 — Chile — An earthquake of magnitude 9.5 struck Santiago and Concepcion, triggering tidal waves and volcanic eruptions. Some 5,000 people were killed and 2 million made homeless.

March 28, 1964 — Alaska — An earthquake and ensuing tsunami killed 125 people and caused about US$310 million (RM942.40 million) in property loss. The magnitude 9.2 quake buffeted a large area of Alaska and parts of western Yukon Territory and British Columbia in Canada.

Dec. 26, 2004 — Indonesia — A magnitude 9.1 quake struck off the coast of Aceh province on the Indonesian island of Sumatra, setting off a tsunami that killed more than 226,000 people in Sri Lanka, Thailand, Indonesia, India and nine other countries.

Nov. 4, 1952 — Russia — An earthquake with a magnitude of 9.0 generated a tsunami that reached the Hawaiian islands. No lives were lost.

March 11, 2011 — An 8.9 magnitude quake struck Japan, causing many injuries. The US Geological Survey verified the quake at a depth of 15.1 miles and located it at 81 miles east of Sendai, on the main island of Honshu.

— The Philippines, Taiwan and Indonesia all issued tsunami alerts, reviving memories of the giant tsunami which struck Asia in 2004. The Pacific Tsunami Warning Center issued alerts for countries as far away as Colombia and Peru.

Feb. 27, 2010 — Chile — An 8.8 magnitude quake and subsequent tsunami in Chile killed more than 500 people and caused some US$30 billion in damage, wrecking hundreds of thousands of homes and mangling highways and bridges.

Jan. 31, 1906 - Ecuador - An earthquake with a magnitude of 8.8 struck off the coast of Ecuador and Colombia, generating a tsunami that killed up to 1,000 people. It was felt all along the coast of Central America and as far north as San Francisco and west to Japan.

Feb. 4, 1965 - Alaska - An earthquake of magnitude 8.7 generated a tsunami reported to be about 10.7m high on Shemya Island.

March 28, 2005 - A magnitude 8.7 quake off Sumatra was estimated to have killed 1,300 people, many on Nias island off Sumatra’s west coast.

March 9, 1957 - Alaska - An earthquake with a magnitude of 8.6 rattled the Andreanof Islands. On Umnak Island, Mount Vsevidof erupted after being dormant for 200 years, generating a 15-m tsunami that continued to Hawaii.

Aug. 15, 1950 - Tibet/India - Two thousand homes, temples and mosques were destroyed in a quake measuring magnitude 8.6. Hardest hit was the Brahmaputra Basin in northeast India. At least 1,500 people were killed.