BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 31 July 2011

JANGAN BERSEDIH

Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

MENGAPAI BINTANG DI LANGIT

hari ini aku telah pergi ke SMK BM SARATOK tepat jam 7.30...pada hari inilah pertama kalinya aku merasakan ceramah motivasi yang berkaitan dengan hala tuju selepas spm dan stpm...ceramah ini telah dilakukan oleh kakak-kakak dan abang-abang yang belajar d UM...wowo.....semangat nye mereka memberikan motivasi kepada kami semua... n inilah pertama kalinya juga,aku merasakan sangat tertarik dengan motivasi yang dianjurkan..dengan ikhlasnya aku menyatakan aku tidak pernah tertarik pun dengan program2 seperti ini...pada mulanya,aku memang tak nak pergi program ni...tp, disebalik lubuk hati kecil ini memaksa diri ini untuk mengikuti program ini...jd,aku pun pergi la...semasa aku sampai..hanya 3 orang je pelajar f6 dr SMK ASAR...termasuk aku....

 banyak benda yang aku dapat daripada program ni...rugi kepada siapa2 yang tak join... sebabnye kami bertiga dapat sijil KEBANGSAAN  punya...susah nak dapat sijil tu...tahniah3! acha.... HUHU...
pada jam 10 pg cmtula..kurang pasti jam...kami semua dipecahkan mengikut jurusan dan tingkatan... LDK ini mengajar kami semua untuk memilih UNIVERSITI mana yang sesuai dengan cita2 kita...yang paling specialnye n paling bez nya pulak apabila selesai diasingkan mengikut kumpulan, kami bertiga je tak tersenarai dalam jurusan yang diambil..mane tak nye...kami bertiga je yang ambil syariah n pengajian perniagaan....so,kami tiga sajela dalam satu kumpulan...n ade 1 abang dan 2 orang kakak yang bersama kami bertiga untuk menerangkan jurusan mana yang sesuai...kumpulan yang lain hanya 1 kakak @ abang dalam satu kumpulan...lepas tu..kakak2 n abg2 tu pun bercerita la pengalaman mereka semasa di U...selain itu juga,walaupun program dr UM tp,...mereka tidak mempengaruhi kami semua u msok UM..malah mereka menerangkan semua jenis U yang terdapat di malaysia...tu la yang beznye...ini la membuatkan aku lebih bersemangat lg untuk BELAJAR BERSUNGGUH2...nk jd macam kakak2 n abang2 tu...lepas ni apabila dah berjaya..aku pulak yang akan bercerita kepada adk2 aku..beznye...

Di samping itu juga,semasa program ini juga..pengalamn yang tidak lusuh diingatn aku adalah cerita tentang perjalanan hidup seseorang yang berusaha untuk berjaya...meh,,,,nak cerita semula ni... ''ada seorang pensyarah ni..dia bukan la asal usulnya tergolong dalam golongan orang yang berada...dia seorang yang sangat2 miskin..selepas dia mndapat kputusan yang cemerlang dalam SPM dia telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran...selepas itu,dia pun berkata kepada seseorang yang pada kebetulannya blh membantu dia untuk melanjutkan pelajarn...selepas itu dia pun mendapatkan biasiswa sebanyak RM1000 lebih mcmtu la..xingat..lepas dia dapat biasiswa tu..dia pun bayar semua yuran2 yang ada,..kemudian dia cuma tggl RM100...dia pun berfikir...mcm mana nk mkn dangan duit RM100 dalam masa tiga tahun...(aduhai sedihnye aku mendengar...rsa nk terkeluar air mata aku...tp,malu sbb ada ramai orang kat situ...) nak tahu macam mna dia hdp dengan RM100 selama 3 tahun?????? ha..ni nak cita..dengan duit RM100 tu dia cuma mkn 1 kali sehari je....nak thu apa yang dia makan???dia cuma makan roti canai sekeping dan mnum air paip...(sedih)...lepas tu lama kelamaan duit RM100 tu pun habis...pada suatu malam,dia sangat2 lapar...nk tahu apa dia buat..pada tengah malam tu dia turun ke cafe bawah...dia tengok cafe tu dah nak tutup..dia tanya la makcik tu..makcik2 ada nasi lebih tak..nak bagi kuchng sy makan...(sedangkan dia takde bela kuchg pun)...lepas tu makcik tu bagi la nsi bergaul dengan tulang2 ikan...nak tahu apa yang dia buat kepada nasi tu..dia bawa masuk bilik...selepas kawan sebiliknya tdo dia pun buka la plastik tu dan asing2kan tulang2 tu..kemudian mkn nsi tu td...."alamak...sdh nya aku mendengarnya...

Inilah kisah yang sangat2 menginsafkan aku untuk terus mengejar kejayaan....semoga aku berjaya d dunia dan akhirat...AMIN....CHAIYOK2......